this kid goes omnomnom



{credits}
Stranger
Tuesday, January 23, 2018 // 0 XX

Salam
Disebabkan semalam terharu dengan news pasal program tumpang kenderaan balik kampung tu, rasa terdetik untuk menulis pasal seorang sister ni.

suatu petang, aku sangat malas untuk ke kelas tapi dek rasa sebersalah menyelebungi diri, aku gagahkan jua untuk ke kelas. walaupun sudah tahu lambat untuk kejar bas, aku tak malu untuk berharap untuk naik bas. haa. seperti yang dijangkakan, mata aku ikut saja bas itu bergerak meniggalkan pandangan. kena tinggai lah apa lagi! ingin saja aku lompat terus ke atas bas tapi yeaaa malang itu semua imaginasi dan fantasi. Jam menunjukkan pukul 1.50 petang, kelas pukul 2.00 petang. aku kecewa walaupun rasa tak layak nak kecewa waktu tu. hahah.

ikutkan hati mahu saja naik semula ke bilik dan sambung tidur angkat selimut semua tapi, ya alhamdulilah masih ada sisa semangat nak ke kelas. lalu aku berdoa .. "Ya Allah, tolong aku ya Allah. aku nak pergi kelas ya Allah". Aku dah redho nak jalan kaki. tiba-tiba muncul seorang sister ni dengan motosikalnya, dengan muka yang masam. Lalu aku dengan selamba sahaja mintak ditumpangkan. "Sister, sister. Nak tumpang boleh, dekat cabang ja boleh?" dengan nada simpati. Automatic dia senyum, like senyum paling manis dia bagi. Unexpected, tadi masam sangat muka. hihi. "Boleh. boleh" Disitu, aku bersyukur kerana doaku telah termakbul. Alhamdulillah :')

Tambah terharu bila dia volunteerkan diri untuk hantar terus ke kuliyyah, walhal aku mintak tumpang ke cabang saja! Ni terharu sangat sebab kuliyyah dia bertentangan dengan kuliyyah aku tapi dia sanggup patah balik sebab nak hantar aku. berapa kali aku tolak, tapi dia still insist untuk hantar. Allahu. mulia betul hati, sejuk ibu mengandung :3

Lalu kami pun tiba di KICT, kuliyyah aku yang bagaikan terpisah dengan kuliyyah-kuliyyah lain. isolated duh, nun di atas bukit. Usai turun dari moto, entah berapa kali aku ucap terima kasih dek terharu kan. dia senyum. Dah orang baik mestilah kena tanya nama kan, Aimi namanya. InshaAllah akan ku ingat ke anak cucu. haha. untuk beberapa saat aku sembang kosong dengan dia lepastu kami bersalaman. cool, instant friendship! aku juga tak lupa untuk tengok nombor plat moto dia, benda yang sangat-sangat rare aku buat. hahah. manatau boleh tumpang lagi lol.

Jadi kaki ku terus melangkah ke kelas dengan perasaan yang MashaAllah gembira. walaupun dah pukul 2 lebih waktu tu. Terus rasa rajin nak ke kelas, berbeza dengan perasaan kejar bas sebelumnya. mood changer betul.
Setibanya di kelas...
"Mana semua orang!?"

rupanya kelas hari itu start pukul 2.30 petang. HAHAHAHAHA.


but nevertheless, aku happy ja datang awal and aku lebih happy dapat jumpa stranger yang super baik. Ada saja berapa kerat yang datang awal, jadi aku cerita lah kepada mereka tentang kebaikan AIMI.  Eloklah lah tu cerita kebaikan orang daripada mengumpat kan. tersedak. "weh tadi aku nampak ko jalan, aku naik tumpang moto orang tadi..." macam tu. AHAH.

Sejak haritu, aku bercita-cita jika aku ada kemudahan kenderaan, aku nak tolong orang sebab the feeling after being helped is just mashaAllah amazing, it really means a lot. especially bila orang yang kita tak kenal, tiba-tiba tolong kita. i mean what did I do to receive this kindness huh? Aku juga belajar untuk tidak malu untuk meminta tolong, sebab ramai orang berhati mulia sebenarnya. ehe. and yes, aku sedar Allah akan sentiasa tolong kita even dengan cara yang tak disangka. jadi jangan malu untuk berdoa hatta sekecil-kecil perkara deh. nak makanan, doa. nak tidur nyenyak, doa. nak ditumpangkan, doa. hehhe. Dengan izin Allah, kita dapat pertolongan. :)

so,
thank you Allah.
thanks Aimi.
and to you too.
beutiful soul.
eu cringe.





◄ Older