this kid goes omnomnom



{credits}
assalamualaikum
Friday, May 19, 2017 // 0 XX

aku tengah mencari mood untuk study jap lagi. telefon dah letak jauh, laptop pula yang dicapai ni ha! aku harap dengan menulis ni dapat menaikkan semangat aku sikit untuk study final. aku nak ajak korang sama-sama study dengan aku. sudah-sudah lah main procastinate, youtube, kalau aku dengan animenya, korang mungkin dengan sayat menyayat tu. haha. ampun.

mungkin dengan menyeru orang untuk study, akan membuatkan aku malu untuk tak study. em, ya ka?  tolong sedar izzati, dengan carry mark tak seberapa. HAHA. apa yang penting sekarang ialah usaha dan ikhtiar sebab itu lah apa yang kita mampu buat. result tu semua ketentuan ALLAH. manusia suka melihat hasil, sedangkan Allah melihat usaha kita dan memberi hasil yang paling baik buat kita. hasil yang paling baik tu rahsia Allah. mungkin di mata kita macam kita gagal atau tak score tu hasil atau ketentuan yang tak elok. tapi Allah lebih tahu bukan. good, bad.. who knows? yang penting yang baik, Allah akan balas baik. itu janji Allah. 

kau sebenarnya hanya gagal bila kau gagal masuk syurga Allah.

selamat study semua. 
◄ Older